Followers

Tuesday, December 20, 2011

tips untuk berfesyen

Kita tahu bahawa memakai make-up yang terlalu banyak dan fesyen rambut yang ketinggalan zaman boleh menampakkan kita lebih tua dari sepatutnya. Pemilihan fesyen dan aksesori yang betul dapat membantu kita kelihatan muda dan anggun. Berhati-hatilah dalam membuat pilihan dan mengabungkan warna.



Pakaian:
Ada sesetengah pakaian memang dibuat untuk mengikut bentuk badan. Contohnya “Pencil Skirt”. Ia direka untuk menampakkan bentuk pinggang dan punggung bagi menyerlah keseksian si pemakai. Jika anda memilih untuk memakai skirt sedemikian, pastikan saiznya adalah betul. Jangan memilih saiz yang lebih besar dan longgar di bahagian punggung atau terlalu labuh hingga melepasi paras lutut.

Sesuaikan kasut bersama beg tangan:
Adakah semestinya kasut dan beg tangan ada mempunyai warna yang sama? TIDAK. Kasut dan beg tangan haruslah sesuai dengan seluruh diri anda. Ianya perlu nampak hebat bersama dengan pakaian dan make-up anda. Selalulah pilih gabungan yang menampakkan kelainan dan kreatif.



Twinsets:
Jika anda memilih untuk menggunakan twinsets, pastikan ianya sesuai. Ada kalanya twinsets yang dijual dari jenama popular bukanlah satu gabungan yang baik. Anda perlu sentiasa curiga. Anda juga boleh membuat gabungan twinsets anda sendiri. Mungkin kemeja putih dengan sweater bergaris boleh membuatkan anda tampil bergaya.

Chunky hells:
Terutama yang rendah. Jangan gunakan alasan keselesaan untuk memakainya dengan semua jenis pakaian anda. Terdapat berbagai fesyen tumit yang ada dipasaran sekarang ini seperti kitten heels, wedges dan platforms. Anda pasti akan menemui sesuatu yang menyediakan kestabilan dan gaya.

Sembunyikan kekurangan:
Lebihan lemak di perut atau lengan boleh menakutkan mata yang memandang. Kemeja yang agak kecil mungkin nampak seperti hendak tercabut butangnya apabila anda duduk. Small shoulder padding atau slim fitting shirts bukanlah satu pilihan yang baik jika anda mempunyai lebihan lemak.

Jika anda mempunyai sebarang tips yang boleh dikongsi bersama, letakkanlah dibahagian comment di bawah ini.

No comments:

Post a Comment