Followers

Tuesday, December 20, 2011

korea style lah...



Fesyen Gaya Korea menjadi kegilaan remaja lelaki & wanita di Malaysia pada masa kini.

Jika kita lihat dimana2 pasti ada Fesyen Gaya Korea ini…remaja di malaysia lebih suka mengayakan fesyen ini kerana pakaiannya yang menarik, cantik, selesa dipakai dan ia juga sesuai untuk apa jua majlis dan saiz pemakainya.. Kini Fesyen Gaya Korea ini juga telah menjadi satu trend dikalangan remaja kita. Tidak kira lelaki atau wanita.

Bagi wanita Fesyen Gaya Korea ini lebih selesa dipakai untuk berjalan2, bekerja & juga untuk majlis2 tertentu.. Walaupun baju2 dari Fesyen Gaya Korea ini agak jarang & terdedah,tidak semestinya wanita & remaja di Malaysia tidak boleh memakainya.. Kerana kini telah banyak pakaian dalam wanita (Inner) pelbagai warna dapat dipadankan dengan pakaian dari Fesyen Gaya Korea ini..

Bagi yang bertudung juga tidak terlepas dari mengenakan pakaian berasaskan Fesyen Gaya Korea ini..dengan mengenakan Inner pakaian ini juga sesuai dikenakan dengan tudung /selendang.

Bagi lelaki pula Fesyen Gaya Korea kini menjadi salah 1 cara untuk mereka bergaya dan lari dari kebiasaannya.. Kini lebih ramai lelaki memilih Fesyen Gaya Korea sebagai pakaian kasual untuk ke pejabat.. Tidak kurang juga remaja2 lelaki yang suka bergaya dan gemar menarik perhatian si dara.

No comments:

Post a Comment